22 October 2008

NIZAR MENGKHIANATI PERJUANGAN PAS!

Pelantikan exco Perak langsung tidak menggambarkan komposisi sebenar rakyat yang terdiri 56 peratus penduduk masyarakat melayu. Mengikut bancian pada 2001, daripada 2,157,700 penduduk di Perak, komposisi kaum Melayu adalah paling tinggi dengan jumlah seramai 1,130,900 orang diikuti Cina (690,200), India (262,700) dan bumiputera lain (44,400). Walaupun Menteri Besarnya terdiri daripada wakil PAS namun dari segi tersiratnya peranan besar akan dimainkan oleh DAP dalam penentuan dasar-dasar Kerajaan Negeri.

Saya secara peribadi melihat Menteri Besar Perak yang baru, YB Nizar Jamaluddin sebagai individu yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang amat baik serta mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran. Namun saya melihat peranan sebagai Menteri Besar merupakan satu gelanggang berbeza. Jawatan politik tertinggi sebuah negeri adalah satu amanah yang berat bagi YB Mohd Nizar. Wujud dibenak fikiran saya, mampukah beliau menghadapi tekanan daripada DAP dalam membuat penentuan dasar Kerajaan Negeri? Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham awal-awal lagi telah menyatakan secara terbuka bahawa Menteri Besar Perak hanya berperanan sebagai Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan tidak mempunyai kuasa dalam membuat penentuan keputusan dan dasar Kerajaan Negeri.

Umum mengetahui bahawa kerjasama yang wujud di antara DAP, PKR dan PAS merupakan satu rantaian kerjasama yang longgar. Rantaian kerjasama ini sebenarnya terhasil apabila PKR memainkan peranan sebagai ’cangkuk penghubung’ antara DAP dan PAS. Dan, hakikat sebenarnya tidak wujud kerjasama nyata antara PAS-DAP yang jelas memperjuangkan ideologi yang bertentangan dengan PAS sibuk untuk menegakkan acuan ’Negara Islam’nya dan DAP dengan konsep ’Malaysian Malaysia’nya yang tak sudah-sudah. Dalam hal ini, PKR dilihat lebih liberal atau ’halal apa sahaja demi menumbangkan sesama melayu-islam’ konsepnya ’Keadilan Untuk Semua’ yang telah dapat diterima oleh dua kutub yang bertentangan iaitu PAS dan DAP. Sebagai bukti, ketika kemelut pelantikan Menteri Besar Perak yang lalu, telah wujud desas desus bahawa terdapat perundingan di antara PAS dan UMNO (BN) untuk bekerjasama mentadbir Perak atas dasar bagi memelihara kepentingan masyarakat Islam dam Melayu di Perak. Saya difahamkan bahawa pucuk pimpinan PAS pusat sendiri telah memberikan ’green light’ dan sedia bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Negeri.

Saya tertanya-tanya mengapa perkara ini tidak menjadi kenyataan? Adakah UMNO terlalu ego untuk bekerjasama dengan PAS? Atau PAS sendiri sanggup tunduk kepada tekanan DAP dan PKR agar tidak bekerjasama dengan UMNO?

5 comments:

Anonymous said...

Tangkap ni blogger... kasi masuk dalam ISA..

Unknown said...

gua dah balas kenyataan ko kat blog aku...

faizul hadi said...

terima kasih kepada DR M kerana:

1.) sgt2 suka dgn dato' seri shah rukh khan sehingga bersungguh2 beliau mahu memberinya gelaran itu meskipun atan pun tak dapat gelaran terbabit.

2.) memecat mufti selangor, ishak baharom kerana mahu fatwa haramnya akan pertandingan ratu cantik. Dr Mahahtir ckp, mufti selangor ni penghalang kemajuan....

3.) Menghina janggut nabi suatu ketika dahulu. tetapi ditegur oleh anwar ibrahim kerana ia sunnah nabi.

dan bermacam2 lagi.....dan sekarang, MP PAS mana yg pernah atau tergamak berbuat begitu? Gua cuma takut, bila najib naik, kerajaan ala mahathir akan kembali...mufti2 perlis dan perak confirm kena pecat kerana beraninya mereka. Malah yang lebih ditakuti, berkemungkinan org PAS akan dikenakan ISA atau dibunuh seperti peristiwa memali di era mahathir....begitulah dahsyat pemerintah yg dijulang oleh org UMNO ini....

MOHD AFIF said...

GOPENG: Penduduk Kampung Changkat Tualang, dekat sini, kira-kira 40 kilometer dari Ipoh terkilan kerana kerajaan Perak tidak berusaha mengekal dan memulihara rumah kelahiran pejuang kemerdekaan, Dr Burhanuddin al-Helmi hingga dirobohkan keluarganya, Ramadan lalu.

Penduduk kampung berkenaan, Ibrahim MS Ahmad, 50, berkata Dr Burhanuddin adalah pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada pertengahan 1940-an.

Katanya, rumah berkenaan pernah didiami adik Dr Burhanuddin, Sayuti Mohd Noor sebelum beliau meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu.
"Anak dan cucu Dr Burhanuddin tinggal di Lembah Klang dan rumah kelahiran Allahyarham ini rosak kerana sudah tiada penghuni hampir 10 tahun lalu.

"Saya berharap tapak rumah ini dijadikan warisan sejarah dan kalau boleh, binaan asalnya didirikan semula sebagai tarikan pelancong.

"Saya menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mempertimbang cadangan ini kerana Dr Burhanuddin adalah tokoh penting dalam sejarah politik negara," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga patut mengambil inisiatif menamakan jalan di Ipoh atau Gopeng dengan nama Dr Burhanuddin.

Katanya, jika kawasan perumahan di ibu negara, iaitu Taman Tun Dr Ismail mempunyai Jalan Burhanuddin Helmi, tiada sebab Perak yang melahirkan tokoh berkenaan juga patut mempunyai nama jalan yang serupa.

Sekitar 1946, Dr Burhanuddin memimpin PKMM manakala sayap wanita PKMM, Angkatan Wanita Sedar (Awas) dipimpin oleh Allahyarhamah Shamsiah Fakeh.

Selain Shamsiah, antara tokoh politik lain yang seangkatan dengan Dr Burhanuddin ialah Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dan Onn Jaafar (pengasas Umno).

odeng said...

aduhh..nih da blog pejuang politik ni....cabuttt~!!!!