Kita sering berbangga dengan kemajuan yang kita ada. Kita berbangga dengan KLCC, KL Tower, KLIA, KL F1 Sepang, dan sebagainya, tanpa mempedulikan penjajahan sosial dan ekonomi berleluasa. Kita disogokkan dengan hiburan yang melampau, kita mula berfikiran liberal. Kita mula berfikiran terbuka. Kita mula menjadi seorang yang radikel. Ia adalah simbol kejayaan mereka, kerana berjaya menjadikan kita sehingga begini. Merdeka kah kita?
Kita bercakap soal keamanan, menentang perbuatan tidak berperi kemanusiaan Rejim Israel, menentang pencerobohan ke atas Afghanistan, Mengutuk serangan ke atas Lubnan, lantang bersuara mewakili suara dunia Islam sedunia, tidak bersetuju dengan pencerobohan Iraq, tetapi kita mengebom seorang wanita tanpa rasa belas kasihan. Kita rogol anak kecil, bunuh mereka tanpa hati perut. Kita bagi mereka pinjam wang, dengan niat mahu menakut-nakutkan mereka, kita buat nyawa manusia seperti nyawa seekor ayam, seperti tiada nilainya. Merdeka kah kita?
Hari ini terdapat beberapa golongan yang ingin merampas kuasa secara “main belakang”. mereka kata mereka menentang rasuah. tetapi mereka jua lah yang memberi rasuah. mereka kata mereka anti rasuah, tetapi merekalah yang dahulu bapak korup dan mempunyai kroni yang cukup banyak. mereka mahu memperjuangkan kebenaran, tatkala mereka tidak mahu menunjukkan kebenaran. mereka kata sumpah itu bodoh, tatkala mereka tidak berani melakukan perkara yang mereka katakan bodoh itu. mereka kata mereka betul, tanpa menyedari mereka lah yang tidak betul sebenarnya. Merdeka kah kita?
Bangunlah rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan dengan penuh berfikiran secara rasional dan mengenal erti kemerdekaan sebenar... Selamat Hari Merdeka kawan2..