10 August 2008

TANGANI ISU KENAIKAN MINYAK SECARA BERHEMAH

Isu kenaikan global hari ini adalah sesuatu perkara yang mana kita tidak dapat elakkan. Peningkatan sesuatu perkara yang melibatkan harga merupakan asas pembangunan setiap negara di dunia hari ini. Matlamat hala tuju sesebuah negara harus bersandarkan di atas faktor ekonomi dan betapa kuatnya menerajui serta menambat hati setiap rakyat berbilang bangsa. Di sini ingin dinyatakan secara terang pelaksanaan pengstrukturan baru subsidi minyak di negara ini hari ini. Perubahan drastik ini ada kesan positif dan negatif. Positif adalah faktor penjaminan sesebuah negara dan rakyat mendapat manafaat di atas usaha dan dasar serta hala tuju matlamat tersebut. Negatif adalah berunsurkan kesan sampingan dari perubahan dan pengstrukturan sesuatu dasar atau pelaksanaan. Bagi aku pengstrukturan subsidi minyak baru-baru ini adalah merupakan salah satu langkah atau faktor untuk menyelesaikan permasalahan dialami global dan seterusnya kepada rakyat malaysia. Pengstrukturan itu bagi aku adalah langkah yang terbaik untuk membaiki dan membetulkan ekonomi negara kita. Namun harus kita lihat dengan lebih berkesan lagi kepada negara dan rakyat amnya. Pertukaran subsidi minyak atau istilah subsidi tunai merupakan langkah baik, ia mencerminkan bahawa setiap subsidi itu dapat diagihkan dengan lebih teratur dan tersusun demi kebaikan negara dan rakyat negara ini. Subsidi tunai tersebut dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan dibawah 2000 cc bagi kereta persendirian sebanyak RM 625.00 setahun dan permotoran dib awah 250 cc sebanyak RM 150.00 setahun apabila memperbaharui cukai jalan. Bagi kenderaan persendirian 2000 cc ke atas cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM 200.00 dan motor 250 cc ke atas dikurangkan sebanyak RM 50.00. Ini merupakan asas pelaksanaan yang baik untuk membantu rakyat dan seterusnya menjamin ekonomi negara di dalam keadaaan stabil dan terkawal.

1 comment:

faizul hadi said...

harga minyak dunia dah lama dah turun....