29 August 2008

SELAMAT HARI MERDEKA

Kita semakin membenci antara satu sama lain. Kita melaung-laungkan ketuanan bangsa melebihi ketuanan agama, kita sentiasa mendiskriminasi sesama kita, kita mengamalkan sikap “kiasu” yang cukup tinggi, kita menanam sifat benci bangsa lain pada anak-anak kita, kita akan memarahi mereka yang melakukan jenayah melalui persepsi berbeza jika mereka bukan bangsa kita. Merdeka kah kita?

Kita sering berbangga dengan kemajuan yang kita ada. Kita berbangga dengan KLCC, KL Tower, KLIA, KL F1 Sepang, dan sebagainya, tanpa mempedulikan penjajahan sosial dan ekonomi berleluasa. Kita disogokkan dengan hiburan yang melampau, kita mula berfikiran liberal. Kita mula berfikiran terbuka. Kita mula menjadi seorang yang radikel. Ia adalah simbol kejayaan mereka, kerana berjaya menjadikan kita sehingga begini. Merdeka kah kita?

Kita bercakap soal keamanan, menentang perbuatan tidak berperi kemanusiaan Rejim Israel, menentang pencerobohan ke atas Afghanistan, Mengutuk serangan ke atas Lubnan, lantang bersuara mewakili suara dunia Islam sedunia, tidak bersetuju dengan pencerobohan Iraq, tetapi kita mengebom seorang wanita tanpa rasa belas kasihan. Kita rogol anak kecil, bunuh mereka tanpa hati perut. Kita bagi mereka pinjam wang, dengan niat mahu menakut-nakutkan mereka, kita buat nyawa manusia seperti nyawa seekor ayam, seperti tiada nilainya. Merdeka kah kita?

Hari ini terdapat beberapa golongan yang ingin merampas kuasa secara “main belakang”. mereka kata mereka menentang rasuah. tetapi mereka jua lah yang memberi rasuah. mereka kata mereka anti rasuah, tetapi merekalah yang dahulu bapak korup dan mempunyai kroni yang cukup banyak. mereka mahu memperjuangkan kebenaran, tatkala mereka tidak mahu menunjukkan kebenaran. mereka kata sumpah itu bodoh, tatkala mereka tidak berani melakukan perkara yang mereka katakan bodoh itu. mereka kata mereka betul, tanpa menyedari mereka lah yang tidak betul sebenarnya. Merdeka kah kita?

Bangunlah rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan dengan penuh berfikiran secara rasional dan mengenal erti kemerdekaan sebenar... Selamat Hari Merdeka kawan2..

7 comments:

Anonymous said...

Hmmm.. banyak duit.. korek mana?.. hahaha.. No komen la bro.. jan jadi hamba pada duit.. duit gak bleh merosakkan diri kita.. duit gak bleh buat maruah kita tergadai.. duit bleh kta leka seketika.. bila senang sedikit.. mula la kita buat sesuka hati.. tapi bila duit tk da.. satu benda pn tk kn menjadi.. tu la realitinya.. sesapa pn pernah merasa bila keadaan macam ni berlaku..

Apa lagi kita nak banggakan pada hari ini even kita da masuk kemerdekaan ke 51?.. arus kemodenan dah meresap dalam fikiran kta sekarang.. apakan daya.. 'zaman da brubah, dunia da maju'.. sejauhamana pn kita melaungkan erti kemerdekaan di zaman ini.. adakah ia bernilai lagi sekiranya kita sendiri pn terikut ngan budaya luar?.. nilai kemerdekaan bagi diri kita sendiri pn dah hilang kawan ku.. kita menghayati sedalam mana pun erti kemerdekaan tu sekali pun dah tk kan sama penghayatannya sepertimana orang terdahulu dari kita.. fikiran kita sentiasa terjajah dan tk kan pernah hilang dalam fikiran sampai kita mati pun.. kita lihat ngan diri kita sendiri.. merdeka ka kita?.. kita sendiri pn da brubah.. kta bangkit dan corak bnyk pn pada diri sendiri tetap tk kn statik.. goyah sana sini gak.. ni contoh terdekat.. tk yah kita tengok orang lain.. tk jelas lg ka d sini?..

Unknown said...

keh2....
hidup zizaw....
wakaka....
bagus2...

Unknown said...

mungkin proses "menyeberang" dari SAPP mmg ada la bro atan....gua ada update kat blog gua....

Anonymous said...

aku rasa pn macam tu la ziemal.. ada kawan mau lompat jauh.. hahaha

Unknown said...

puasa2....

MOHD AFIF said...

Diwajibkaan keatas kamu puasa...
Diwajibkan keatas kamu Qisas..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak Dan Selamat Berpuasa...

Unknown said...

puasa-puasa jugak bro.....fyp-fyp jugak....blogger, mesti diteruskan....teruskan usaha saudara atan...jgn ngaku kalah....hidup melayu!!!!...
kalau ko x de, aku x tau nak hentam sape kat blog gua....keh2...