13 August 2008

DARI HARAKAH UNTUK SEMUA

Bermula dengan selawat ke atas junjungan ……… apa yang dijunjung tak pasti, sebuah laman web milik PAS telah menyiarkan sebuah artikel yang bertajuk “UMNO mampuslah kali ini”, membayangkan betapa anak-anak didik Nik Aziz berbahasa. Inilah nilai -nilai murni yang didik oleh Parti Islam seMalaysia dan inilah juadah santapan mereka saban hari. Patutlah Pak Lah terlalu menekan mengenai Modal Insan. Ianya bukan sahaja memalukan parti Islam berkenaan malah ianya memalukan Islam dan bangsa Melayu. Bagi mereka, tulis sahaja apa yang mereka mahu tulisan dalam laman web kerana mereka ada hak untuk menulis apa saja yamg mereka mahu tulis. Samalah seperti Raja Petra Kamaruddin menipu dan terus menipu dalam laman web nya.

No comments: