10 August 2008

LAKONAN POLITIK ANWAR

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mempersoalkan mengapa hanya beliau seorang dihadapkan ke mahkamah sedangkan mengikut pertuduhan, ia dilakukan suka sama suka.
“Pendakwaan (di bawah Seksyen) 377B (Kanun Keseksaan), maknanya suka sama suka. Kalau suka sama suka, pasal apa saya seorang kena dakwa,” kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mahkamah. Anwar sudah boleh menerima pertuduhan. hahaha... Apakah Anwar tidak faham atau sengaja tidak faham kerana mereka bukan ditangkap ketika melakukan pekerjaan di luar tabie itu. Dalam kes ini ada pengadu dan ada yang dituduh.Walaupun ianya adalah perbuatan suka sama suka antara Anwar dan Saiful tetapi Saiful telah membuat aduan bahawa pada sekian masa dan di tempat sekian Anwar telah memasukan zakarnya ke dalam lubang dubur Saiful. Lubang dubur Saiful yang punya dan zakar Anwar yang punya .Ini adalah tuduhan terhadap Anwar. Oleh kerana zakarnya yang telah dimasukkan ke kawasan larangan dan ke lorong yang gelap atau jalan belakang (sama seperti Anwar mahu tubuhkan kerajaan ) maka Anwar lah yang dituduh meliwat.
“Yang saya kesalkan ialah pendakwaan diteruskan walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa nampak dipaksa oleh parti politik, kalau tidak, mustahil pendakwaan dibuat,” katanya. Anwar bagaimanapun menegaskan selepas ini, beliau akan memberikan tumpuan pada pilihanraya kecil Permatang Pauh bagi melayakkannya menjadi Ahli Parlimen. Anwar yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun lalu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setia kasih, Bukit Damansara di sini. Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. Beliau juga menganggap tindakan mendakwanya di mahkamah hari ini adalah sebagai mainan politik. Meskipun begitu, beliau berharap pihak pendakwaan mampu bertindak secara profesional walaupun sumber-sumber yang diperoleh menyatakan terdapat kekurangan bukti dalam kes itu. Mungkin Anwar lupa bahawa kes ini adalah kes sivil dan Anwar sendiri yang menyeret kes ini menjadi isu Politik kerana Anwar mahu menjadikan politik sebagai perisai untuknya melepaskan diri. Sama ada kes ini punya kurang bukti atau tidak sebenarnya adalah urusan pihak polis dan juga makahmah. pihak Polis tidak sebodoh itu untuk mendakwa Anwar tanpa bukti yang kukuh. Anwar sengaja mahu mengelirukan pengikutnya dan menyatakan bahawa kes ini kurang bukti. Permatang Pauh akan menjadi satu Medan di mana ramai bekas teman-teman baik Anwar yang akan datang untuk membogelkan kesah sebenar Anwar kepada rakyat yang akan memberikan tumpuan pada pilihanraya berkenaan khususnya pengundi di Permatang Pauh, Yang pasti Nalakarupan , Ezam dan Dr Chandra Muzafar pasti akan turun untuk sama-sama membogelkan Anwar. Apa yang dapat kita simpulkan adalah mengapa anwar bercakap berhelah hujah..?? Masalah peribadi x leh campur dalam masalah rakyat.. Ingat tu..

1 comment:

Anonymous said...

gambar x hensem...x de gambar gua yg hensem skit ke?