Showing posts with label civil_umno. Show all posts
Showing posts with label civil_umno. Show all posts

15 August 2008

DARI PERMATANG PAUH ANWAR BUAT HAL

Salman Rushdie mengarang buku Satanic Verses, antara isi kandungan The Satanic Verses:

  1. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran
  2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah
  3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
Temubual Anwar dalam majalah ASIAWEEK dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”.

Realitinya, politik adalah satu subjek yang sangat kompleks dan menuntut kita untuk menilai dan berfikir. Jika kita benar-benar melakukan kedua-duanya itu, politik akan tampak lebih jelas dan kita akan lebih faham. Buat ketika ini, pilihanraya Permatang Pauh merupakan satu topik yang menarik untuk kita bersama-sama menilai, menelaah, berhujah, memberikan pandangan dan berkongsi idea. Aku amat mengalu-alukan semua itu tetapi biarlah in civilised manner. Kita perlu ingat bahawa politik ibarat sebuah kenderaan dan kita adalah pemilik serta pemandunya. Kitalah yang menentukan mood serta arahnya dan bukan sebaliknya.

Sumber : Jentayubuaka

09 August 2008

MARUAH MELAYU DI MALAYSIA

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang bijaksana menilai kepimpinan di negara ini..
Malaysia adalah sebuah negara yang dahulu nya aman dan bahagia di atas pemerintahan yang sempurna dan kini dicemari dengan unsur2 pekauman yang hadirnya dari seorang melayu sendiri yang kononnya ingin membuat kerajaan baru pada bulan september 2008. Dapatlah kita menilai sejauh mana kebijaksaan beliau untuk memecahbelahkan masyarakat melayu yang kita pelihara sejak dahulu lagi.. baru2 ini kita telah digemparkan dengan isu majlis peguam negara yang ingin mencampuri urusan agama islam iaitu agama majoritinya orang melayu. ini lah bangsa kita, agama kita yang diperkotak katikkan dengan mudah oleh mereka. Apa yang dapat kita huraikan di sini adalah sikap biadab dan kurang ajar mereka-mereka ini yang mahu membincangkan perihal agama kita dan seolah-olah mahu menghina agama Islam ……sekiranya perbincangan mereka nanti tanpa kawalan terjurus dan terkeluar dari akidah. Sepatutnya persatuan Peguam Muslim Malaysia perlu bangun bertindak menentang forum yang akan dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia ini. Seharusnya mereka jangan sesekali menyentuh sentimen agama dan perkauman. Sebelum ini Majlis Peguam menganjurkan Forum Kontrak Sosial yang juga mula membarakan api kemarahan orang Melayu dan mencetuskan keraguan kaum lain. Majlis Peguam sebagai badan golongan profesional dan terpelajar sewajarnya lebih berpandangan jauh dan tidak mudah termakan umpan mana-mana pihak yang mahu melihat Malaysia huru-hara dan runtuh. Forum ini boleh memprovokasi kesabaran masyarakat Melayu dan mengundang keresahan serta ketidaktenteraman awam, khususnya orang Islam. Tindakan Majlis Peguam sama sahaja pendekatan dan kesannya dengan usaha segelintir pihak yang suka mengganggu ketenteraman awam menerusi kenyataan sensitif, forum di laman-laman web, penerbitan, laman web dan demontrasi jalanan. Hal ini menunjukkan anasir luar sudah menyusup masuk untuk menggugat kestabilan dan keamanan negara. Sebagai umat Islam di negara ini kita perlu membantah dengan apa juga cara untuk menghentikan penghinaan kepada agama suci Islam, Pihak asing yang tidak terbabit dan terlibat dengan Agama tidak perlu membincangkan hal-hal melibatkan Agama kerana ini ada lah sensitif kepada semua orang Islam khususnya di Malaysia. Mengapakah Majlis Peguam kini sering bermain api perbalahan seumpama menjadi alat dalang kuasa asing yang mahu negara ini huru-hara dan mereka yang sentiasa mengintai peluang mencampuri urusan dalaman negara? Sebelum ini Majlis Peguam menganjurkan Forum Kontrak Sosial yang juga mula membarakan api kemarahan orang Melayu dan mencetuskan keraguan kaum lain. Majlis Peguam sebagai badan golongan profesional dan terpelajar sewajarnya lebih berpandangan jauh dan tidak mudah termakan umpan mana-mana pihak yang mahu melihat Malaysia huru-hara dan runtuh. Sebagai golongan yang banyak mempelajari sejarah tanahair dan dunia, golongan ini sewajarnya lebih mencintai negara, patriotik dan sedar mengenai sebarang sentimen yang boleh membawa padah kepada kepentingan bersama. Tiada gunanya mengadakan forum atas dasar intelektual, profesional atau kontroversi sedangkan kepentingan umum iaitu ketenteraman, keharmonian, keamanan dan kestabilan negara menjadi korbannya. Walau di atas alasan apa sekali pun, forum itu memprovokasi kesabaran masyarakat Melayu dan mengundang keresahan serta ketidaktenteraman awam, khususnya orang Islam. Tindakan Majlis Peguam sama sahaja pendekatan dan kesannya dengan usaha segelintir pihak yang suka mengganggu ketenteraman awam menerusi kenyataan sensitif, forum, penerbitan, laman web dan demontrasi jalanan. Hal ini menunjukkan anasir luar sudah menyusup masuk untuk menggugat kestabilan dan keamanan negara. Justeru, Pemuda UMNO mendesak langkah-langkah pencegahan dilaksanakan oleh pihak berkuasa sebelum keadaan bertambah buruk dan menjadi parah.