27 August 2008

BN KALAH KEPADA ANWAR TAPI MAN UNITED MENANG


Ketika aku sibuk menghadapi ujian demi ujian namun aku tidak melupakan pilihanraya di Permatang Pauh yang menyaksikan satu pertandingan yang hebat di kalangan 3 buah parti politik di Malaysia. Fuh.. punyalah hebat semata2 nak menakluk 1 Parlimen Permatang Pauh yang dulu nya sama mcm kehari ni. Satu perubahan pun tidak ditunjukkan oleh mereka sejak 51 tahun merdeka. Oppss..bercakap pasal merdeka ni x lama lg kita nak menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 51. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Wah.. merdeka ke korang kalau x da perubahan pun pada diri masing2. So.. renung2kan lah. Xkan nak biarkan bangsa kita kena jajah kembali. Martabat bangsa melayu perlu dijaga. Jgn asyik nak merempit, gian dadah, clubbin, dangdut, n apa2 lagi yg melibatkan enjoy pada diri sendiri yg x mendatangkan faedah. Aku tau, diri aku sendiri pun x lengkap lagi, tapi korang jgn la nak ikut aku. Kita mesti ada tujuan dan tindakan yg membolehkan bangsa melayu berada setaraf dgn dunia. Duduk sama rendah diri sama tinggi. Kita tengok skang bahawa ramai bangsa asing memegang ekonomi negara. sampai bila kah kawan nak mcm ni. Wah2.. banyak nya aku merepek. Xpe.. merepek demi kemerdekaan semua dan untuk bangsa kita jugak. Emm.. motif utama nak komen pasal pilihanraya permatang pauh ni. Pengumuman rasmi jam kira-kira jam 10 malam dari pusat pengiraan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun mengesahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan memperolehi 31,195 undi menewaskan dua calon lain. Datuk Arif Shah Omar Shah calon Barisan Nasional (BN) memperolehi 15,524 undi dan calon AKIM, Hanafi Hamad pula hanya memperolehi 92 undi. Pilihan raya kecil tersebut diadakan ekoran tindakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR dan isteri Anwar, melepaskan jawatannya bagi membolehkan Anwar bertanding kalau korang tak tau lg la. .. Berucap kepada para penyokongnya selepas diumumkan sebagai pemenang pilihan raya berkenaan, Anwar terus mengulangi kempennya untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru di bawah gabungan parti-parti pembangkang, PKR, DAP dan PAS. Bagi menguatkan perang sarafnya itu, Anwar berkata, keputusan pilihan raya kecil itu adalah isyarat awal baginya mencapai harapan tersebut. Belagak btol die ni.. Agak2 ar nuar, ko tu menang pun pasal azizah bini ko tu. Tapi xpe.. Kiranya kat cni Dato Arif Shah kalah. Aku pun xnak la cakap banyak tapi satu je pesan ku, ingatlah anwar dengan bangsa kita. Jgn khianati bangsa sendiri demi kepentingan peribadi. Tolong2 la bangsa kita. Ni nak dapat projek tender pun susah kat Klang tu. Mantang2 company aku org kuat Dato Munawar dari UMNO tu. Tapi aku xlupa jasa2 Dato Munawar. Sepanjang die jd wakil rakyat kat klang memng cun la. Tiap2 bulan ada je income aku. Skang ni jgn kata 2bulan, 4 bulan pun xtentu lg. Hampeh...

Menang atau kalah bukanlah satu perkara yang bakal diterima calon-calon yang bertanding pada mana-mana pilihanraya kerana setiap pemilihan akan memberikan keputusan yang melibatkan kemenangan dan kekalahan. Ini bererti dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh akan menyaksikan salah seorang dari tiga orang calon yang bertanding akan menang dan dua orang
calon yang kalah. Pilihanraya kali ini adalah merupakan pilihanraya yang paling ganas pernah aku tengok dengan pihak pembangkang cuba menakut-nakutkan pengundi dan jentera pihak lawan dalam kempen pilihanraya ini. Maki hamun seperti cilaka, cibai, bangsat, faitoooh, maNaLaHH, sioT, siaL sudah lali dan boleh dikatakan setiap hari jentera BN dimaki dan dihamun. Ugutan demi ugutan, pukul memukul sehingga lahir pula budaya di Pakistan dan India apabila mereka mula mahu melahirkan pakar letupan dan malakof. Pakar letupan pun datangnya dari nama aku jugak di Indon tu. Dalam muktamar Pas baru-baru ini Ustaz Datuk Hj Harun Din pernah berkata, Ahli UMNO lebih berdisplin dari ahli-ahli Pas, apa yang dikatakan oleh beliau sememangnya tepat dan benar. Jika kita lihat di Permatang Pauh Ahli BN tidak melekatkan bendera dikereta dan memakai baju BN sewaktu kempen pilihanraya, bukan kerana mereka takut dan malu tetapi mereka enggan mencari sebarang kemungkinan yang akan membabitkan pergaduhan.

Tetapi pada ketika atau hari pilihanraya habis, aku bolehla merasa hepi skit sebab Man United my fan football menang dengan portsmouth dengan kemenangan bergaya 1-0 disumbat masuk gol melalui Darren Fletcher pada minit ke 33 permainan. Wah.. memang hebat Darren Fletcher ni. Dari dulu lagi aku dah tau die ni akan nak punya. Namun begitu man U menduduki tangga ke 5 dalam 2 perlawanan baru beb.. Tapi x pernah kalah lg berbanding Arsenal. Gol Darren Fletcher adalah disebabkan oleh hasil persepakatan dalam team dorang. Christiano yang menggelecek bola sampai ke kota penalti namun demikian mehantar pada fletcher dan disudahi dengan Gol Cantekkk... mereka. Kagum gler lalu aku sedar xsedar terpeluk mample mamak razaliii. Mamak terkejut lalu x berkata2 melihat aku. Lalu mamak razali membuat pengishtiharan akan slalu bukak game man united di kedainya... Hidup Melayu.. Hidup ManU.. Selamat Hari Merdeka Kengkawan......

21 August 2008

KONVOKESYEN KE 10

Ketika kawan2 seangkatan aku sibuk menyiapkan persiapan untuk berkonvo aku hanya seorang insan yang meniti hari dan masa depan aku. Korang tau x apa yang aku rasa pada ketika ini. Huhhh..memang sedih gler. X tau nak cakap apa. Sepatutnya minggu ni adalah mgu paling gumbira buat aku tapi apakan daya bak kata member aku sorang ni 'kita kayuh perahu je bukan naik bot'. Fuyoh..dalam maksudnya tu. kayuh perahu slow2, tahun depan baru sampai kot. Insyaallah... Wlupun kwn2 aku kata mcm tu namun aku tetap bersedih mengenang nasib aku.. dah la aku ni ber umo, nampak dah kedutan di dahi.. xabis2 lg nak mewakili family aku untuk mengecapi kesenangan bersama. Aku bukan apa, cuma nak buat family aku senang. Bulan 11 ni kakak aku yang sulong kawen. Umo die dah cecah 31thn dah. Die tunggu aku abis. Emm..bajet tahun ni aku pulak yang menanggung family aku. Apa boleh buat. Lama dah aku x balik kampung. Ntah apa jadi skang di kampung aku tu sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. Huru hara rasanya..mau x nyer kome..baru2 ni pun dah dengar citer kes rasuah dan seks ahli exco PKR.. Aduhh.. apa nak jd la skang ni. Ate idok le teman nak beciter panjang bab politik ni. Deme je yang menang nanti.

Balik pada citer asal aku, emm..so aku tunggu tahun depan la nak mentadbir kuarga aku. Maafkan saya mak.. maafkan saya ayah.. saya x lepas math 3 je. Susah.. Tapi susah2 pun ada gak kawan aku dapat A. My best fren bam pun lepas.. Xpe..kayuh perahu slow2.. Aku tabah kan hati dan kuat kan semangat untuk melalui keadaan aku skang. Malas aku nak pegi tengok tamu gadang tu.. Sembang2 ngan pak guard ari tu sentuh pasal lampu depan pintu masuk kampus.. wah lawa n cantik skali. Dah mcm ari krismas pulak aku tengok. Pak guard pun kata "ala..maksiat je kat tamu gadang tu".. tekejut aku dengar kata pak guard ni. Mesti pak guard ni dalam golongan PAS kot.. Perhaps, btol jugak la kata pak guard tu. aku masuk pun ari tu nak cucuk duit nak makan MCD. Wah.. mcD..!!

Aku sekarang bergerak secara solo. Kemana je ngan kuda biru aku. Ke mana hala pun aku bawak nye. Karamunsing, Tuaran, Puterajaya, Lintas even karambunai pun aku bawak bersama. Maklumlah kawan2 seangkatan aku smuanya dah berjaya. Aku je la.. Sedih la pulak.. Ada la serpihan lagi iaitu mat, faiz n geng, lutfi hamidi.. emm.. skit je. Berbanding tahun 1,2,3 dan 4 dulu. Tamu gadang pun mesti aku teringat battle of the band yang penah aku jd vokalis grup biskutawakecil.. tapi x masuk final pun. time tu fuhh..ramai awek sms kat aku. kenal x kenal..tua muda.. tapi aku kan jual mahal skit. Geng2 masa tu memang cam sial.. tp skang x mungkin berganti..

Bagi aku yang paling ngam, duduk serumah sebumbung dengan kwn2 kat ujana rumah no58. Wah, seronok masa tu. 8 orang corner lot. Kenangan byk tercipta. Aku, Bam, Aziz, Rahim, Jai, Mamat n adiknye Zaid, Mirun, dan kejap je c apis pending. Masak memasak aktiviti mesti bg kami. Bam yang x pandai masak pun boleh masak jugak akhirnya (tapi x sedap la). Masa tu seronok aku tengok dorang. Wlupun dorang ni agak sombong pada org lain tapi dorang2 ni are the best i couldnt see b4. Hati dorang, persahabatan dorang ikhlas dan helpful. Miss u all.. Dalam lapan2 org ni, aku la ketinggalan skang ni. Apa boleh buat, salah aku smuanya.. Bukan salah civil. Tp civil tetap power, ketahuilah kawan2 ku..

Ok la.. aku ucapkan tahniah pada kawan2 aku yang berkonvokesyen... syed, bam, coyeh, apis, lan, n saper2 lg tahniah korang smuanya..Jgn sia2 kan hidup tanpa arah. Be a successful life. Dulu kini dan selamanya.

16 August 2008

PERTANDINGAN 3 PENJURU PERMATANG PAUH

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan ibarat “buku bertemu ruas” apabila penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah. Ariff Shah adalah seorang ahli politik yang semakin menyerlah di negeri ini dan beliau adalah satu-satunya wakil rakyat BN yang menang dalam kubu kuat PKR apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya dalam parlimen Permatang Pauh itu untuk penggal kedua. Antara kelebihan Ariff Shah ialah beliau disegani oleh musuh dan rakan kerana bekerja tanpa mengira kaum dan fahaman politik malah beliau juga telah banyak menyelesaikan masalah tempatan yang dihadapi oleh para penyokong PKR sendiri. Ariff Shah adalah seorang yang mengetahui strategi politik Anwar kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh ketika Anwar menerajui bahagian itu.

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM). Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.





Hanafi Hamad dari AKIM

MUFTI PERLIS : SUMPAH SAIFUL RISIKO YANG AMAT BESAR

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

Jadi renung2kanlah......