14 August 2008

LIVERPOOL YANG MAMPU SERI TANPA GOL DENGAN STANDARD LIEGE

Semalam aku ada gak tengok bola champion league walaupun bukan my favourite team main. Liverpool.. tu la nama yang di megah2kan oleh zizaw apabila ia mampu seri ngan team dari Bulgaria yang x brapa handal la aku rasa. Pembaziran pembelian Torres ternyata biarpun ia melengkapkan hanya 1 gol memberi kemenangan pada team nya musim lalu. Namun Liverpool bukan lah tandingan Man U yang amat kuat dalam arena bola sepak english league. Ada pun alex ferguson yang aku sanjungi tu memberi impak yang besar pada team Man U sejak kurun ke 8 masihi lagi. Man U tidaklah membeli pemain yang tidak berpotensi seperti torres, robbie keane, xavi alonso, namun tetap menjuarai setiap perlawanan. Ini menunjukkan team yang bersatu mcm umno la jugak. Hanya sekadar meletakkan cristiano ronaldo..wahh aku xleh dengar nama ni...nak menjerit2 rasanya. Kehebatan christiano yang zizaw bangga2 kan lalu membuat gimik terhadap kaki kirinya terikut2 rentak pemain Man U yang power ni. Jadi. setakat seri apa barang beb.. kasi menang la.

APABILA MEREKA DUDUK SEBUMBUNG DI KG LIKAS

Aku telah dipanggil tok memberi ulasan mengenai kedua2 orang yang telah membangkang apa yang aku tulis dalam blog ni. Dalam tv3 slalu kita tengok ada citer kisah kaisara tapi skang ni aku nak buat citer sikit pasal kisah si penganggur dan penjaga blog. Kedua2nya agak sama bentuk fizikal nya tapi mempunyai sifat yang berbeza almaklum la manusia ni mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Syabas dan Tahniah pada korang2 yang sudi membangkang dah memang keje pembangkang mcm tu nak buat mcm mana kan? kan? kan?.. zizaw (bukan nama sebenar adalah seorang penganggur tua yang slalu memperkotak katikkan masyarakat di negeri sabah ni supaya menyokong SAPP. Walaupun sabah agak dikejutkan dengan kemenangan besar parti Barisan Nasional namun pendirian beliau tetap menentang berabis kepimpinan di sabah ni. Terima lah hakikat bahawa kesenangan yang dikecapi selama ini dan kemajuan negeri sabah ini dengan penuh rasa kesyukuran. Mungkin zizaw (bukan nama sebenar) ni telah dihasut oleh penyokong kuat Parti Islam Semalaya iaitu ziemal (bukan nama sebenar) yang baru saja berhijrah ke rumahnya atas sebab mengextendkan dirinya untuk perjuangan parti yang di megah2kan tu. Until now, he can get more idea untuk membangkang hujah aku. Aku bukan apa kawan, aku nak perjuangan, hak, keistimewaan orang kita terbela. Ziemal (bukan nama sebenar) banyak memberi tunjuk ajar pada zizaw (bukan nama sebenar) untuk memperluaskan empayarnya. Come on la kawan, politik is politik. X ada nyer PAS nak buat apa yang manifestonya tu. Sebab politik umat dan bangsa kita berpecah belah. Kepada ziemal (bukan nama sebenar) yang membuatkan cap aku tertinggal di rumahnya harap dapat simpan dengan elok. Kepada zizaw pulak, jangan terpengaruh dengan apa yang orang kata. Corak lah diri sendiri dengan yakin dan bijaksana.. daa..

DAP BUKAN CORAK MELAYU

Tidak sampai setahun Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di lima buah negeri termasuk lah negeri aku, telah mula timbul kekecohan dan tidak kepuasan hati antara parti-parti sekutu mereka. Luahan ini telah disuarakan oleh Hj Hadi Awang di konvensyen PAS Pulau Pinang dan dalam sidaang akhbar selepas pembentangan budget di negeri Selangor, Hj Hadi menyatakan hasrat PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat jika ianya tidak menguntungkan orang Islam. Sememangnya PAS dianggap oleh melukut ditepi gantang dan suara PAS tidak diterima pakai oleh kedua parti bersekutu dan ahli PAS dalam Pakatan Rakyat bagaikan ahli kelas yang kedua (second class mcm pointer aku grad nanti la ). Pemimpin PAS juga selalu disisih oleh pemimpin PKR dan DAP. Pakatan Rakyat adalah selama ini bukan memperjuangkkan agenda rakyat tetapi disebaliknya memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Setelah Anwar disingkir dari UMNO dan ditarik hak beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana isu liwat beliau kini menggunakan platform Pakatan Rakyat untuk meniti jalan bagi mencapai cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Sememangnya agak sukar untuk kita melihat bagaimana 3 parti yang berlainan idologi boleh bersatu memimpin negara ini ke arah matlamat idiolgi masing-masing. DAP ke arah memperjuangkan hak Bangsa Asing yang bukan beragama Islam, PKR memperjuangkan hak Anwar sebagai Perdana Menteri dan PAS sepatutnya meneggakan kepimpinan Islam. Bagaimana PAS mahu perjuangkan Islam apabila Perdana Menteri mereka adalah dari kalangan orang yang bukan berminat untuk memperjuangkan idologi Islam sebenar. PKR juga merupakan parti berbilang kaum yang terpaksa memperjuangkan hak bukan Islam. Contoh terbaik, apabila UMNO/PAS menentang Forum masuk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara yang dimana Presiden parti adalah orang kuat PKR. Anwar dan PKR menyokong Forum ini diadakan. Anwar dan PKR tidak mempedulikan perasaan sekutu mereka yang beragama Islam yang membantah Islam dihina oleh pemimpin Parti berkenaan. Luka PAS kian parah kebelakangan ini. PAS kini berterus terang meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada sekutu mereka. Walaupun PAS menyatakan bahawa mereka akan membantu kempen Anwar di Permatang Pauh namun ramai ahli PAS di Permatang Pauh sekarang telah menunjukkan kurang minat mereka kepada Pakatan Rakyat. DIfahamkan dari sumber yang boleh dipercayai, ada dikalangan ahli PAS Permatang Pauh sudah bersedia untuk memberikan protes kepada Anwar Ibrahim dan mereka dikatakan akan berpihak kepada BN .Nik Aziz Nik Mat juga ada menaytakan bahawa kini wujudnya hasrat dengki kepada Anwar dalam Pakatan Rakyat untuk melihat Anwar kecundang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.







(sumber
ulasan dari http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14177)

13 August 2008

KHALID IBRAHIM MENGAPA GOYANGKAN BANGSA SENDIRI

Selepas membuat kenyataan mahu campurtangan dalam soal pembangunan Kampung Baru, Menteri Besar Selangor dilihat menyokong pula cadangan Exconya, Dr. Halimah Ali supaya UiTM membuka pintu untuk pelajar bukan Melayu, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat semakin meracau. Sejak menjadi MB Selangor, dia yang sentiasa dikapit oleh pemimpin-pemimpin DAP setiap kali dia mengadakan persidangan akhbar, selepas Mesyuarat Exco, Khalid dilihat sudah semakin gagap bila mahu berbicara soal kepentingan Melayu. Dia bukan sahaja dilihat mengutamakan kepentingan bukan Melayu, malahan kadang-kadang kenyataannya, lebih berminat untuk mempertahankan ladang ternakan babi terbesar di Asia, yang dicadang dibangunkan di Sepang. Sambil merasa bangga kononnya ilham membina lading babi terbesar itu datangnya dari Menteri Besar sebelumnya, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Khalid yang pernah kalah dalam usahanya merebut jawatan ketua cawangan di salah sebuah cawangan Umno di Kuala Selangor, betul-betul mahu dikenali sebagai Menteri Besar yang mahu menjadi pembela bukan Melayu. Tindak-tanduk Khalid boleh ditafsirkan sebagai ‘tidak penting’ mempertahankan Melayu kerana Exco dari kalangan DAP seolah-olah mengarahkan Khalid supaya mengutamakan bukan Melayu dalam semua aspek pembangunan dan perkembangan di Selangor. Jarang-jarang ada Exco dari Pas yang mengiringi Khalid jika dia membuat siding akhbar. Itulah sebabnya, walaupun dia mahukan kajian dibuat terlebih dahulu sebelum membuka peluang bukan Melayu masuk UiTM, tetapi cakap-cakapnya itu langsung tidak mengambil kira perasaan orang-orang Melayu. Khalid tentunya tahu orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak bidang. Jika dengan merit, Melayu memang jauh di belakang bukan Melayu. Keujudan UiTM memang untuk member peluang kepada pelajar-pelajar Melayu yang gagal memasuki UM, UKM, USM, UUM dan UPM. Khalid tentunya tahu hal ini tetapi, kenapa dia masih mahu menyokong pendapat Dr. Halimah Ali? Apakah Khalid dan Dr. Halimah sengaja menimbulkan isu ini kerana mahu menarik perhatian orang-orang Cina dan India, supaya terus menyokong PKR, khususnya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, 26 Ogos depan? Janganlah Khalid dan Dr. Halimah mahu mempolitikkan semua hal, termasuk nasib Melayu di IPTA – hingga sanggup membuka semua peluang kepada bukan Melayu yang ternyata – IPTS milik mereka, tidak mampu dijejaki anak-anak Melayu. Cukuplah Khalid. Cukuplah Dr. Halimah. Memadailah bermain politik dengan mengadaikan bangsa sendiri. Anak-anak Melayu masih memerlukan UiTM dengan status quo seperti sekarang. Janganlah sesuka hati mencadangkan sesuatu, demi kepentingan politik kepartian yang sempit. Baru ada sedikit kuasa, bukan sahaja di Selangor mereka mahu merubah itu dan ini, hinggakan pembangunan Kampung Baru yang mereka tidak ada kuasa pun, mahu mereka ganggu gugat, dengan tujuan mengelirukan penduduk-penduduk yang ‘masih teraba-raba di dalam kegelapan’. Binalah ladang ternakan babi terbesar yang mereka cita-citakan. Walaupun alasannya ia diteruskan kerana itu hasrat kepimpinan terdahulu, buatlah kerana ia memang kuasa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dan Dr. Halimah. Jangan pula UiTM dan pembangunan Kampung Baru hendak dijadikan macam perlaksanaan projek kandang babi.

DARI HARAKAH UNTUK SEMUA

Bermula dengan selawat ke atas junjungan ……… apa yang dijunjung tak pasti, sebuah laman web milik PAS telah menyiarkan sebuah artikel yang bertajuk “UMNO mampuslah kali ini”, membayangkan betapa anak-anak didik Nik Aziz berbahasa. Inilah nilai -nilai murni yang didik oleh Parti Islam seMalaysia dan inilah juadah santapan mereka saban hari. Patutlah Pak Lah terlalu menekan mengenai Modal Insan. Ianya bukan sahaja memalukan parti Islam berkenaan malah ianya memalukan Islam dan bangsa Melayu. Bagi mereka, tulis sahaja apa yang mereka mahu tulisan dalam laman web kerana mereka ada hak untuk menulis apa saja yamg mereka mahu tulis. Samalah seperti Raja Petra Kamaruddin menipu dan terus menipu dalam laman web nya.