16 August 2008

PERTANDINGAN 3 PENJURU PERMATANG PAUH

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan ibarat “buku bertemu ruas” apabila penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah. Ariff Shah adalah seorang ahli politik yang semakin menyerlah di negeri ini dan beliau adalah satu-satunya wakil rakyat BN yang menang dalam kubu kuat PKR apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya dalam parlimen Permatang Pauh itu untuk penggal kedua. Antara kelebihan Ariff Shah ialah beliau disegani oleh musuh dan rakan kerana bekerja tanpa mengira kaum dan fahaman politik malah beliau juga telah banyak menyelesaikan masalah tempatan yang dihadapi oleh para penyokong PKR sendiri. Ariff Shah adalah seorang yang mengetahui strategi politik Anwar kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh ketika Anwar menerajui bahagian itu.

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM). Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.





Hanafi Hamad dari AKIM

MUFTI PERLIS : SUMPAH SAIFUL RISIKO YANG AMAT BESAR

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

Jadi renung2kanlah......

15 August 2008

MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

"Semacam perasaan aneh' meresap diri ini bila menyaksikan di tv3, Saiful bersumpah dengan nama Allah swt di hadapan Imam Masjid Wilayah Persekutuaan dan ayahnya dan seluruh rakyat Malaysia tentunya!! Inilah pertama kali satu satunya sumpah begini disaksikan rakyat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu.

Diri ini amat terharu dan dari riak tindak tanduk Saiful tidak nampak macam dia berbohong. Rasanya tidak ada orang Melayu yang waras akan sanggup berbohong dengan lafaz lafaz nama Allah, di rumah Allah dan di hadapan seluruh rakyat Malaysia!!

Apa yang bakal berlaku selepas ini??

Semoga Allah swt Selamatkan Negara kita!! Ya Allah Ya Salam!!

DARI PERMATANG PAUH ANWAR BUAT HAL

Salman Rushdie mengarang buku Satanic Verses, antara isi kandungan The Satanic Verses:

  1. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran
  2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah
  3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
Temubual Anwar dalam majalah ASIAWEEK dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”.

Realitinya, politik adalah satu subjek yang sangat kompleks dan menuntut kita untuk menilai dan berfikir. Jika kita benar-benar melakukan kedua-duanya itu, politik akan tampak lebih jelas dan kita akan lebih faham. Buat ketika ini, pilihanraya Permatang Pauh merupakan satu topik yang menarik untuk kita bersama-sama menilai, menelaah, berhujah, memberikan pandangan dan berkongsi idea. Aku amat mengalu-alukan semua itu tetapi biarlah in civilised manner. Kita perlu ingat bahawa politik ibarat sebuah kenderaan dan kita adalah pemilik serta pemandunya. Kitalah yang menentukan mood serta arahnya dan bukan sebaliknya.

Sumber : Jentayubuaka

DARI KINGFISHER KE PERMATANG PAUH

Berita baru diumumkan ialah Datuk Ariff Shah yang akan dicalonkan menentang Anwar Ibrahim. Tugasan yang berat buat beliau kerana Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar. Anwar yang pengecut itu sebelumnya mengatakan akan bertanding di Bandar Tun Razak ataupun Kulim tetapi mungkin kerana takut tertewas maka dia memilih Permatang Pauh yang mana Isterinya, Wan Azizah terpaksa melepaskan kerusi parlimen berkenaan.

Tanggungjawab Datuk Ariff amatlah besar ini kerana dialah wakil yang akan menentang Anwar yang boleh juga dikatakan proxy DAP. DAP dahulunya adalah sisa-sisa parti PAP (People Action Party) yang memperjuangkan ideologi Malaysian Malaysia.

Adapun aku mengatakan beliau adalah proxy DAP kerana bukti-bukti semasa yang jelas yang mana demi memenangi undi bukan melayu, Anwar telah merestui forum Memeluk Islam walaupun dibatalkan, menentang dasar ekonomi baru, ingin membuka kouta 10% UITM kepada bukan bumiputra, membenarkan iklan arak di Selangor, menutup mata dengan projek ladang babi terbesar di Selangor dan banyak lagi.

Kenapa Anwar bersikap begini? Jawapannya mudah kerana dia adalah seorang yang populist yang mana dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai cita-citanya. Sekarang cita-citanya adalah ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Boleh ke?? Ada ke?? Ada ke ekskeletor??

Sikap seorang yang populist adalah tidak tetap dengan pendirian asalkan matlamat tercapai. Pada 1970an beliau membela masyarakat miskin. Kemudian menyertai ABIM yang memperjuangkan Islam. Seterusnya memperjuangkan Islam Moden di dalam UMNO. Kini setelah tidak bersama UMNO, beliau menjadi seorang yang sekular dan tidak memperjuangkan negara Islam seperti sebelumnya. Malah kini beliau tidak memikirkan masyarakat Melayu yang masih ketinggalan dengan memperjuangkan kesamarataan kononnya.

Berjayakah BN atau berjayakah Anwar hanya pengundi Permatang Pauh yang menentukan. Jika Anwar berjaya mungkin cita-citanya semakin hampir atau mungkin tidak bergantung kepada MP2 BN yang akan melompat parti.

Andaian aku bersuara, jika Anwar berjaya dan menjadi PM pada suatu hari nanti, kemungkinan besar NEXT PM adalah daripada DAP.

Fikir2kan lah...