10 August 2008

TANGANI ISU KENAIKAN MINYAK SECARA BERHEMAH

Isu kenaikan global hari ini adalah sesuatu perkara yang mana kita tidak dapat elakkan. Peningkatan sesuatu perkara yang melibatkan harga merupakan asas pembangunan setiap negara di dunia hari ini. Matlamat hala tuju sesebuah negara harus bersandarkan di atas faktor ekonomi dan betapa kuatnya menerajui serta menambat hati setiap rakyat berbilang bangsa. Di sini ingin dinyatakan secara terang pelaksanaan pengstrukturan baru subsidi minyak di negara ini hari ini. Perubahan drastik ini ada kesan positif dan negatif. Positif adalah faktor penjaminan sesebuah negara dan rakyat mendapat manafaat di atas usaha dan dasar serta hala tuju matlamat tersebut. Negatif adalah berunsurkan kesan sampingan dari perubahan dan pengstrukturan sesuatu dasar atau pelaksanaan. Bagi aku pengstrukturan subsidi minyak baru-baru ini adalah merupakan salah satu langkah atau faktor untuk menyelesaikan permasalahan dialami global dan seterusnya kepada rakyat malaysia. Pengstrukturan itu bagi aku adalah langkah yang terbaik untuk membaiki dan membetulkan ekonomi negara kita. Namun harus kita lihat dengan lebih berkesan lagi kepada negara dan rakyat amnya. Pertukaran subsidi minyak atau istilah subsidi tunai merupakan langkah baik, ia mencerminkan bahawa setiap subsidi itu dapat diagihkan dengan lebih teratur dan tersusun demi kebaikan negara dan rakyat negara ini. Subsidi tunai tersebut dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan dibawah 2000 cc bagi kereta persendirian sebanyak RM 625.00 setahun dan permotoran dib awah 250 cc sebanyak RM 150.00 setahun apabila memperbaharui cukai jalan. Bagi kenderaan persendirian 2000 cc ke atas cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM 200.00 dan motor 250 cc ke atas dikurangkan sebanyak RM 50.00. Ini merupakan asas pelaksanaan yang baik untuk membantu rakyat dan seterusnya menjamin ekonomi negara di dalam keadaaan stabil dan terkawal.

LAKONAN POLITIK ANWAR

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mempersoalkan mengapa hanya beliau seorang dihadapkan ke mahkamah sedangkan mengikut pertuduhan, ia dilakukan suka sama suka.
“Pendakwaan (di bawah Seksyen) 377B (Kanun Keseksaan), maknanya suka sama suka. Kalau suka sama suka, pasal apa saya seorang kena dakwa,” kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mahkamah. Anwar sudah boleh menerima pertuduhan. hahaha... Apakah Anwar tidak faham atau sengaja tidak faham kerana mereka bukan ditangkap ketika melakukan pekerjaan di luar tabie itu. Dalam kes ini ada pengadu dan ada yang dituduh.Walaupun ianya adalah perbuatan suka sama suka antara Anwar dan Saiful tetapi Saiful telah membuat aduan bahawa pada sekian masa dan di tempat sekian Anwar telah memasukan zakarnya ke dalam lubang dubur Saiful. Lubang dubur Saiful yang punya dan zakar Anwar yang punya .Ini adalah tuduhan terhadap Anwar. Oleh kerana zakarnya yang telah dimasukkan ke kawasan larangan dan ke lorong yang gelap atau jalan belakang (sama seperti Anwar mahu tubuhkan kerajaan ) maka Anwar lah yang dituduh meliwat.
“Yang saya kesalkan ialah pendakwaan diteruskan walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa nampak dipaksa oleh parti politik, kalau tidak, mustahil pendakwaan dibuat,” katanya. Anwar bagaimanapun menegaskan selepas ini, beliau akan memberikan tumpuan pada pilihanraya kecil Permatang Pauh bagi melayakkannya menjadi Ahli Parlimen. Anwar yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun lalu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setia kasih, Bukit Damansara di sini. Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. Beliau juga menganggap tindakan mendakwanya di mahkamah hari ini adalah sebagai mainan politik. Meskipun begitu, beliau berharap pihak pendakwaan mampu bertindak secara profesional walaupun sumber-sumber yang diperoleh menyatakan terdapat kekurangan bukti dalam kes itu. Mungkin Anwar lupa bahawa kes ini adalah kes sivil dan Anwar sendiri yang menyeret kes ini menjadi isu Politik kerana Anwar mahu menjadikan politik sebagai perisai untuknya melepaskan diri. Sama ada kes ini punya kurang bukti atau tidak sebenarnya adalah urusan pihak polis dan juga makahmah. pihak Polis tidak sebodoh itu untuk mendakwa Anwar tanpa bukti yang kukuh. Anwar sengaja mahu mengelirukan pengikutnya dan menyatakan bahawa kes ini kurang bukti. Permatang Pauh akan menjadi satu Medan di mana ramai bekas teman-teman baik Anwar yang akan datang untuk membogelkan kesah sebenar Anwar kepada rakyat yang akan memberikan tumpuan pada pilihanraya berkenaan khususnya pengundi di Permatang Pauh, Yang pasti Nalakarupan , Ezam dan Dr Chandra Muzafar pasti akan turun untuk sama-sama membogelkan Anwar. Apa yang dapat kita simpulkan adalah mengapa anwar bercakap berhelah hujah..?? Masalah peribadi x leh campur dalam masalah rakyat.. Ingat tu..

SEJARAH KEPIMPINAN UMNO

Pada kali ini, aku nak citer la skit pasa l sejara h UMNO yang ringkas lagi padat untuk kita renung kan di mana salah kita untuk rakyat. Umno adalah satu parti politik atau pimpinan negara berlandaskan kepada penjagaan hak2 atau keistimewaan orang melayu dulu kini dan selamanya. Kita tidak boleh memandang kepada pembentukan parti yang tidak adil yang belum pun setahun jagung dalam parti yang ingin merampas kedudukan hak2 melayu dan menjatuhkan maruah bangsa sendiri. Adalah tidak aku katakan yang negara ini tidak demokrasi tapi pada pandangan cendiakawan bahawa demokrasi bukanlah sekadar ingin membuat demonstrasi jalanan yang boleh menggugat kestabilan negara. Dalam erti kata lain, kita perlulah duduk berbincang mengenai masalah yang dihadapi. Di sini aku ingin citer kan sedikit sebanyak sejarah penubuhan umno di mana kita hidup dalam kesejaht eraan dulu kini dan selamanya.
Pada mulanya dahulu,Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 O gos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein. Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ek onomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal. Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi ya ng kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Se mangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas. Pada tahun 2003, Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UM NO kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemanengan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.

MALAY ANNALS

The Sejarah Melayu or the Malay Annals are unique in that they constitute the only available account of the history of the Malay Sultanate in the fifteenth and early sixteenth century. They are in the nature of what may be termed as historical literature conveying a historical narration on the origins, evolution and demise of a great Malay maritime empire, with its unique system of government, administration and politics. The Annals have universal appeal as they relate to a major transformation in the lives of the people of the Malay Archipelago from a Hindu-Malay matrix to an Islamic – Malay culture. Being an entrepot port, Melaka made rapid progress on account of its cosmopolitan population comprising merchants from India, China, Arabia, Portugal and various other nations of the world. They contributed to the social, economic and political evolution of the Malay Kingdom. The Annals are therefore a vital source of information for scholars in various fields including sociology, anthropology, economics, politics, international relations, linguistics and literature.

09 August 2008

MARUAH MELAYU DI MALAYSIA

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang bijaksana menilai kepimpinan di negara ini..
Malaysia adalah sebuah negara yang dahulu nya aman dan bahagia di atas pemerintahan yang sempurna dan kini dicemari dengan unsur2 pekauman yang hadirnya dari seorang melayu sendiri yang kononnya ingin membuat kerajaan baru pada bulan september 2008. Dapatlah kita menilai sejauh mana kebijaksaan beliau untuk memecahbelahkan masyarakat melayu yang kita pelihara sejak dahulu lagi.. baru2 ini kita telah digemparkan dengan isu majlis peguam negara yang ingin mencampuri urusan agama islam iaitu agama majoritinya orang melayu. ini lah bangsa kita, agama kita yang diperkotak katikkan dengan mudah oleh mereka. Apa yang dapat kita huraikan di sini adalah sikap biadab dan kurang ajar mereka-mereka ini yang mahu membincangkan perihal agama kita dan seolah-olah mahu menghina agama Islam ……sekiranya perbincangan mereka nanti tanpa kawalan terjurus dan terkeluar dari akidah. Sepatutnya persatuan Peguam Muslim Malaysia perlu bangun bertindak menentang forum yang akan dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia ini. Seharusnya mereka jangan sesekali menyentuh sentimen agama dan perkauman. Sebelum ini Majlis Peguam menganjurkan Forum Kontrak Sosial yang juga mula membarakan api kemarahan orang Melayu dan mencetuskan keraguan kaum lain. Majlis Peguam sebagai badan golongan profesional dan terpelajar sewajarnya lebih berpandangan jauh dan tidak mudah termakan umpan mana-mana pihak yang mahu melihat Malaysia huru-hara dan runtuh. Forum ini boleh memprovokasi kesabaran masyarakat Melayu dan mengundang keresahan serta ketidaktenteraman awam, khususnya orang Islam. Tindakan Majlis Peguam sama sahaja pendekatan dan kesannya dengan usaha segelintir pihak yang suka mengganggu ketenteraman awam menerusi kenyataan sensitif, forum di laman-laman web, penerbitan, laman web dan demontrasi jalanan. Hal ini menunjukkan anasir luar sudah menyusup masuk untuk menggugat kestabilan dan keamanan negara. Sebagai umat Islam di negara ini kita perlu membantah dengan apa juga cara untuk menghentikan penghinaan kepada agama suci Islam, Pihak asing yang tidak terbabit dan terlibat dengan Agama tidak perlu membincangkan hal-hal melibatkan Agama kerana ini ada lah sensitif kepada semua orang Islam khususnya di Malaysia. Mengapakah Majlis Peguam kini sering bermain api perbalahan seumpama menjadi alat dalang kuasa asing yang mahu negara ini huru-hara dan mereka yang sentiasa mengintai peluang mencampuri urusan dalaman negara? Sebelum ini Majlis Peguam menganjurkan Forum Kontrak Sosial yang juga mula membarakan api kemarahan orang Melayu dan mencetuskan keraguan kaum lain. Majlis Peguam sebagai badan golongan profesional dan terpelajar sewajarnya lebih berpandangan jauh dan tidak mudah termakan umpan mana-mana pihak yang mahu melihat Malaysia huru-hara dan runtuh. Sebagai golongan yang banyak mempelajari sejarah tanahair dan dunia, golongan ini sewajarnya lebih mencintai negara, patriotik dan sedar mengenai sebarang sentimen yang boleh membawa padah kepada kepentingan bersama. Tiada gunanya mengadakan forum atas dasar intelektual, profesional atau kontroversi sedangkan kepentingan umum iaitu ketenteraman, keharmonian, keamanan dan kestabilan negara menjadi korbannya. Walau di atas alasan apa sekali pun, forum itu memprovokasi kesabaran masyarakat Melayu dan mengundang keresahan serta ketidaktenteraman awam, khususnya orang Islam. Tindakan Majlis Peguam sama sahaja pendekatan dan kesannya dengan usaha segelintir pihak yang suka mengganggu ketenteraman awam menerusi kenyataan sensitif, forum, penerbitan, laman web dan demontrasi jalanan. Hal ini menunjukkan anasir luar sudah menyusup masuk untuk menggugat kestabilan dan keamanan negara. Justeru, Pemuda UMNO mendesak langkah-langkah pencegahan dilaksanakan oleh pihak berkuasa sebelum keadaan bertambah buruk dan menjadi parah.