27 August 2008

BN KALAH KEPADA ANWAR TAPI MAN UNITED MENANG


Ketika aku sibuk menghadapi ujian demi ujian namun aku tidak melupakan pilihanraya di Permatang Pauh yang menyaksikan satu pertandingan yang hebat di kalangan 3 buah parti politik di Malaysia. Fuh.. punyalah hebat semata2 nak menakluk 1 Parlimen Permatang Pauh yang dulu nya sama mcm kehari ni. Satu perubahan pun tidak ditunjukkan oleh mereka sejak 51 tahun merdeka. Oppss..bercakap pasal merdeka ni x lama lg kita nak menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 51. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Wah.. merdeka ke korang kalau x da perubahan pun pada diri masing2. So.. renung2kan lah. Xkan nak biarkan bangsa kita kena jajah kembali. Martabat bangsa melayu perlu dijaga. Jgn asyik nak merempit, gian dadah, clubbin, dangdut, n apa2 lagi yg melibatkan enjoy pada diri sendiri yg x mendatangkan faedah. Aku tau, diri aku sendiri pun x lengkap lagi, tapi korang jgn la nak ikut aku. Kita mesti ada tujuan dan tindakan yg membolehkan bangsa melayu berada setaraf dgn dunia. Duduk sama rendah diri sama tinggi. Kita tengok skang bahawa ramai bangsa asing memegang ekonomi negara. sampai bila kah kawan nak mcm ni. Wah2.. banyak nya aku merepek. Xpe.. merepek demi kemerdekaan semua dan untuk bangsa kita jugak. Emm.. motif utama nak komen pasal pilihanraya permatang pauh ni. Pengumuman rasmi jam kira-kira jam 10 malam dari pusat pengiraan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun mengesahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan memperolehi 31,195 undi menewaskan dua calon lain. Datuk Arif Shah Omar Shah calon Barisan Nasional (BN) memperolehi 15,524 undi dan calon AKIM, Hanafi Hamad pula hanya memperolehi 92 undi. Pilihan raya kecil tersebut diadakan ekoran tindakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR dan isteri Anwar, melepaskan jawatannya bagi membolehkan Anwar bertanding kalau korang tak tau lg la. .. Berucap kepada para penyokongnya selepas diumumkan sebagai pemenang pilihan raya berkenaan, Anwar terus mengulangi kempennya untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru di bawah gabungan parti-parti pembangkang, PKR, DAP dan PAS. Bagi menguatkan perang sarafnya itu, Anwar berkata, keputusan pilihan raya kecil itu adalah isyarat awal baginya mencapai harapan tersebut. Belagak btol die ni.. Agak2 ar nuar, ko tu menang pun pasal azizah bini ko tu. Tapi xpe.. Kiranya kat cni Dato Arif Shah kalah. Aku pun xnak la cakap banyak tapi satu je pesan ku, ingatlah anwar dengan bangsa kita. Jgn khianati bangsa sendiri demi kepentingan peribadi. Tolong2 la bangsa kita. Ni nak dapat projek tender pun susah kat Klang tu. Mantang2 company aku org kuat Dato Munawar dari UMNO tu. Tapi aku xlupa jasa2 Dato Munawar. Sepanjang die jd wakil rakyat kat klang memng cun la. Tiap2 bulan ada je income aku. Skang ni jgn kata 2bulan, 4 bulan pun xtentu lg. Hampeh...

Menang atau kalah bukanlah satu perkara yang bakal diterima calon-calon yang bertanding pada mana-mana pilihanraya kerana setiap pemilihan akan memberikan keputusan yang melibatkan kemenangan dan kekalahan. Ini bererti dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh akan menyaksikan salah seorang dari tiga orang calon yang bertanding akan menang dan dua orang
calon yang kalah. Pilihanraya kali ini adalah merupakan pilihanraya yang paling ganas pernah aku tengok dengan pihak pembangkang cuba menakut-nakutkan pengundi dan jentera pihak lawan dalam kempen pilihanraya ini. Maki hamun seperti cilaka, cibai, bangsat, faitoooh, maNaLaHH, sioT, siaL sudah lali dan boleh dikatakan setiap hari jentera BN dimaki dan dihamun. Ugutan demi ugutan, pukul memukul sehingga lahir pula budaya di Pakistan dan India apabila mereka mula mahu melahirkan pakar letupan dan malakof. Pakar letupan pun datangnya dari nama aku jugak di Indon tu. Dalam muktamar Pas baru-baru ini Ustaz Datuk Hj Harun Din pernah berkata, Ahli UMNO lebih berdisplin dari ahli-ahli Pas, apa yang dikatakan oleh beliau sememangnya tepat dan benar. Jika kita lihat di Permatang Pauh Ahli BN tidak melekatkan bendera dikereta dan memakai baju BN sewaktu kempen pilihanraya, bukan kerana mereka takut dan malu tetapi mereka enggan mencari sebarang kemungkinan yang akan membabitkan pergaduhan.

Tetapi pada ketika atau hari pilihanraya habis, aku bolehla merasa hepi skit sebab Man United my fan football menang dengan portsmouth dengan kemenangan bergaya 1-0 disumbat masuk gol melalui Darren Fletcher pada minit ke 33 permainan. Wah.. memang hebat Darren Fletcher ni. Dari dulu lagi aku dah tau die ni akan nak punya. Namun begitu man U menduduki tangga ke 5 dalam 2 perlawanan baru beb.. Tapi x pernah kalah lg berbanding Arsenal. Gol Darren Fletcher adalah disebabkan oleh hasil persepakatan dalam team dorang. Christiano yang menggelecek bola sampai ke kota penalti namun demikian mehantar pada fletcher dan disudahi dengan Gol Cantekkk... mereka. Kagum gler lalu aku sedar xsedar terpeluk mample mamak razaliii. Mamak terkejut lalu x berkata2 melihat aku. Lalu mamak razali membuat pengishtiharan akan slalu bukak game man united di kedainya... Hidup Melayu.. Hidup ManU.. Selamat Hari Merdeka Kengkawan......

2 comments:

Anonymous said...

Hidup Liverpool... Dulu, Kini dan Selamanya..

Anonymous said...

bha,orait..gua p0n nk sokong umno jgk la kl gi2.blh dpt tender kn...yah!!idup umno!!!idup tender!!