Selepas membuat kenyataan mahu campurtangan dalam soal pembangunan Kampung Baru, Menteri Besar Selangor dilihat menyokong pula cadangan Exconya, Dr. Halimah Ali supaya UiTM membuka pintu untuk pelajar bukan Melayu, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat semakin meracau. Sejak menjadi MB Selangor, dia yang sentiasa dikapit oleh pemimpin-pemimpin DAP setiap kali dia mengadakan persidangan akhbar, selepas Mesyuarat Exco, Khalid dilihat sudah semakin gagap bila mahu berbicara soal kepentingan Melayu. Dia bukan sahaja dilihat mengutamakan kepentingan bukan Melayu, malahan kadang-kadang kenyataannya, lebih berminat untuk mempertahankan ladang ternakan babi terbesar di Asia, yang dicadang dibangunkan di Sepang. Sambil merasa bangga kononnya ilham membina lading babi terbesar itu datangnya dari Menteri Besar sebelumnya, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Khalid yang pernah kalah dalam usahanya merebut jawatan ketua cawangan di salah sebuah cawangan Umno di Kuala Selangor, betul-betul mahu dikenali sebagai Menteri Besar yang mahu menjadi pembela bukan Melayu. Tindak-tanduk Khalid boleh ditafsirkan sebagai ‘tidak penting’ mempertahankan Melayu kerana Exco dari kalangan DAP seolah-olah mengarahkan Khalid supaya mengutamakan bukan Melayu dalam semua aspek pembangunan dan perkembangan di Selangor. Jarang-jarang ada Exco dari Pas yang mengiringi Khalid jika dia membuat siding akhbar. Itulah sebabnya, walaupun dia mahukan kajian dibuat terlebih dahulu sebelum membuka peluang bukan Melayu masuk UiTM, tetapi cakap-cakapnya itu langsung tidak mengambil kira perasaan orang-orang Melayu. Khalid tentunya tahu orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak bidang. Jika dengan merit, Melayu memang jauh di belakang bukan Melayu. Keujudan UiTM memang untuk member peluang kepada pelajar-pelajar Melayu yang gagal memasuki UM, UKM, USM, UUM dan UPM. Khalid tentunya tahu hal ini tetapi, kenapa dia masih mahu menyokong pendapat Dr. Halimah Ali? Apakah Khalid dan Dr. Halimah sengaja menimbulkan isu ini kerana mahu menarik perhatian orang-orang Cina dan India, supaya terus menyokong PKR, khususnya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, 26 Ogos depan? Janganlah Khalid dan Dr. Halimah mahu mempolitikkan semua hal, termasuk nasib Melayu di IPTA – hingga sanggup membuka semua peluang kepada bukan Melayu yang ternyata – IPTS milik mereka, tidak mampu dijejaki anak-anak Melayu. Cukuplah Khalid. Cukuplah Dr. Halimah. Memadailah bermain politik dengan mengadaikan bangsa sendiri. Anak-anak Melayu masih memerlukan UiTM dengan status quo seperti sekarang. Janganlah sesuka hati mencadangkan sesuatu, demi kepentingan politik kepartian yang sempit. Baru ada sedikit kuasa, bukan sahaja di Selangor mereka mahu merubah itu dan ini, hinggakan pembangunan Kampung Baru yang mereka tidak ada kuasa pun, mahu mereka ganggu gugat, dengan tujuan mengelirukan penduduk-penduduk yang ‘masih teraba-raba di dalam kegelapan’. Binalah ladang ternakan babi terbesar yang mereka cita-citakan. Walaupun alasannya ia diteruskan kerana itu hasrat kepimpinan terdahulu, buatlah kerana ia memang kuasa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dan Dr. Halimah. Jangan pula UiTM dan pembangunan Kampung Baru hendak dijadikan macam perlaksanaan projek kandang babi.13 August 2008
KHALID IBRAHIM MENGAPA GOYANGKAN BANGSA SENDIRI
Selepas membuat kenyataan mahu campurtangan dalam soal pembangunan Kampung Baru, Menteri Besar Selangor dilihat menyokong pula cadangan Exconya, Dr. Halimah Ali supaya UiTM membuka pintu untuk pelajar bukan Melayu, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat semakin meracau. Sejak menjadi MB Selangor, dia yang sentiasa dikapit oleh pemimpin-pemimpin DAP setiap kali dia mengadakan persidangan akhbar, selepas Mesyuarat Exco, Khalid dilihat sudah semakin gagap bila mahu berbicara soal kepentingan Melayu. Dia bukan sahaja dilihat mengutamakan kepentingan bukan Melayu, malahan kadang-kadang kenyataannya, lebih berminat untuk mempertahankan ladang ternakan babi terbesar di Asia, yang dicadang dibangunkan di Sepang. Sambil merasa bangga kononnya ilham membina lading babi terbesar itu datangnya dari Menteri Besar sebelumnya, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Khalid yang pernah kalah dalam usahanya merebut jawatan ketua cawangan di salah sebuah cawangan Umno di Kuala Selangor, betul-betul mahu dikenali sebagai Menteri Besar yang mahu menjadi pembela bukan Melayu. Tindak-tanduk Khalid boleh ditafsirkan sebagai ‘tidak penting’ mempertahankan Melayu kerana Exco dari kalangan DAP seolah-olah mengarahkan Khalid supaya mengutamakan bukan Melayu dalam semua aspek pembangunan dan perkembangan di Selangor. Jarang-jarang ada Exco dari Pas yang mengiringi Khalid jika dia membuat siding akhbar. Itulah sebabnya, walaupun dia mahukan kajian dibuat terlebih dahulu sebelum membuka peluang bukan Melayu masuk UiTM, tetapi cakap-cakapnya itu langsung tidak mengambil kira perasaan orang-orang Melayu. Khalid tentunya tahu orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak bidang. Jika dengan merit, Melayu memang jauh di belakang bukan Melayu. Keujudan UiTM memang untuk member peluang kepada pelajar-pelajar Melayu yang gagal memasuki UM, UKM, USM, UUM dan UPM. Khalid tentunya tahu hal ini tetapi, kenapa dia masih mahu menyokong pendapat Dr. Halimah Ali? Apakah Khalid dan Dr. Halimah sengaja menimbulkan isu ini kerana mahu menarik perhatian orang-orang Cina dan India, supaya terus menyokong PKR, khususnya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, 26 Ogos depan? Janganlah Khalid dan Dr. Halimah mahu mempolitikkan semua hal, termasuk nasib Melayu di IPTA – hingga sanggup membuka semua peluang kepada bukan Melayu yang ternyata – IPTS milik mereka, tidak mampu dijejaki anak-anak Melayu. Cukuplah Khalid. Cukuplah Dr. Halimah. Memadailah bermain politik dengan mengadaikan bangsa sendiri. Anak-anak Melayu masih memerlukan UiTM dengan status quo seperti sekarang. Janganlah sesuka hati mencadangkan sesuatu, demi kepentingan politik kepartian yang sempit. Baru ada sedikit kuasa, bukan sahaja di Selangor mereka mahu merubah itu dan ini, hinggakan pembangunan Kampung Baru yang mereka tidak ada kuasa pun, mahu mereka ganggu gugat, dengan tujuan mengelirukan penduduk-penduduk yang ‘masih teraba-raba di dalam kegelapan’. Binalah ladang ternakan babi terbesar yang mereka cita-citakan. Walaupun alasannya ia diteruskan kerana itu hasrat kepimpinan terdahulu, buatlah kerana ia memang kuasa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dan Dr. Halimah. Jangan pula UiTM dan pembangunan Kampung Baru hendak dijadikan macam perlaksanaan projek kandang babi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
gua x sokong juga....
tp dia mb gua...
lagipun baru cadangan..pasal kecoh2?
makan jom
barwa betul dia ni....
nak mkn sms la aku...
ni bls dlm komen ko plak....
Post a Comment