
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan ibarat “buku bertemu ruas” apabila penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah. Ariff Shah adalah seorang ahli politik yang semakin menyerlah di negeri ini dan beliau adalah satu-satunya wakil rakyat BN yang menang dalam kubu kuat PKR apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya dalam parlimen Permatang Pauh itu untuk penggal kedua. Antara kelebihan Ariff Shah ialah beliau disegani oleh musuh dan rakan kerana bekerja tanpa mengira kaum dan fahaman politik malah beliau juga telah banyak menyelesaikan masalah tempatan yang dihadapi oleh para penyokong PKR sendiri. Ariff Shah adalah seorang yang mengetahui strategi politik Anwar kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh ketika Anwar menerajui bahagian itu.Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM). Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.

Hanafi Hamad dari AKIM

6 comments:
Ariff Syah? x kenal pun....siapa tu?
ko kenal aku x?
pasal muka ko ada kat sebelah tu pulak? chis....ni calon bebas lg sorang ni...
hello bro...
cepat laa update berita baru...
ramai mau tengok ney...
huihuihui...ni da kire blog politik nih....hahaha,,,nnt ko kena saman mcm raja petra bru tau....congrat tuk ko gk da keja....aper2 nnt halo2 arr kalo ader keja kosong!!!!
sila layari:
http://matarantaiislam.blogspot.com/
Post a Comment